Blogger Tricks

30 September 2014

Tupper Cabinet - boleh basuh, pelbagai design dan warna

Korang pernah dengar tak tupper cabinet? Saya pun baru je tahu kewujudan tupper cabinet nih melalui facebook. Tetiba hari nih jumpa ada jual dalam lazada #MYCyberSALE.


Perghh.. macam-macam design ada dan boleh match dengan bilik korang sebab ada banyak warna yang di sediakan. Ermm... saya suka biru tuh sebab nak ngam  dengan bilik si kecil kat rumah. Budak-budak suka frozen warna biru, jadi tupper cabinet yang warna biru tuh sesuai sangat ler.


Untuk pengetahuan korang, lazada join #MYCyberSALE kali nih dan akan berakhir hari nih - last day. Cuba usha barang-barang lain yang korang suka gak seperti tablet murah ada wifi dan camera nih.



Tupper cabinet boleh basuh


Satu kelebihannya boleh di basuh kabinet nih. Kalau dah kotor atau ada habuk boleh je basuh dan keringkan. Lagipun senang nak ubah sana-sini dan juga kemas.


Lagi satu, tupper cabinet nih sihat kepada persekitaran - takde keluar bau-bau atau bahan kimia dalam bilik yang menyebabkan hidung tersumbat.


tupper cabinet
Tupper Cabinet - warna mana korang suka?


Bermacam-macam warna ada ikut kesukaan korang lah. Hari tuh ada orang jual kat facebook, tapi harga tak bagi. Kat lazada ni, harga di berikan malah semasa #MYCyberSALE nih, harga murah dari biasa maximun saya tengok-tengok 62%.



Versatilenya Tupper Cabinet Ni...


Korang boleh susun tinggi mana korang suka tupper cabinet nih. Nak sampai syiling rumah pun boleh. Saya cadangkan susun 6 tingkat pun dah ok. Harga berdasarkan berapa banyak kotak-kotak tuh yang korang beli.


Boleh pilih macam-macam corak dan pelbagai saiz untuk di muatkan ke dalam bilik, baru nampak kemas kan.


Kalau korang nak tahu lebih lanjut design lain tupper cabinet nih, boleh lah ke:


=== > Tupper Cabinet Lazada


Dekat ruangan search, korang copy paste " Tupper Cabinet " nanti akan keluarlah pelbagai design dan harga.


Selamat mengemas rumah.

Read more ...
Posted By: Admin

Tupper Cabinet - boleh basuh, pelbagai design dan warna

29 September 2014

Tablet murah ada kamera dan wifi

Tadi saya jalan-jalan kat Lazada #MycyberSALE terserenpak dengan tablet yang murah ni siap ada kamera dan boleh wifi lagi. Memang dah ada dalam hati nak cari tablet murah untuk kanak-kanak buat main game nih, biar kasak skit, rosak pun takpe le kan sebab harga murah jer.


Di sebabkan Lazada tengah sale sampai 1 Oktober nih, harga tablet murah nih kurang 60% dari asal iaitu rm99 sahaja untuk tablet murah kanak-kanak nak main game.


Ada berani? Daripada korang bagi anak korang main smartphone korang yang mahal tuh, baik le beli satu tablet murah bajet nih untuk dia main, budak-budak mana le kira sangat brand-brand ni kan janji dapat bentuk seperti tablet.

Tablet murah ada wifi dan camera
Tablet murah jer


Tablet murah rm99 je...


Agak-agak berbaloi ke tak? Boleh le kan. Tablet ni  hardware tak kisah sangat, software tuh penting. Nama penuh tablet murah ni ialah :


Android Tablet 8GB Dual Core with Camera, Wifi


Nampak tuh, guna android lagih. Kamera pun ada dan juga boleh wifi untuk download game. Lepak kedai mamak kan budak-budak suka main games.

Nak try usha? Boleh jer terus ke:


Dekat serach tuh, korang copy paste " android tablet 8GB Dual Core with Camera, Wifi " mesti jumpa cari lah.

3-4 hari kan lazada akan hantar tabler murah ni kat alamat korang.

Selamat main games.
Read more ...
Posted By: Admin

Tablet murah ada kamera dan wifi

22 September 2014

Aiskrim buatan Muslim

MENYEDARI kurangnya syarikat Muslim yang menjual aiskrim di pasaran tempatan, Ruslina Mohd Lazim, mengambil langkah memperkenalkan ais krim jenama ParaBella.

Berdiri di bawah syarikat Bumimasa Sdn Bhd aiskrim ParaBella kini sudah dua tahun berada dalam pasaran tempatan sejak Februari 2012.

Ruslina juga merupakan Pengarah Pentadbiran dan Kewangan Bumimasa berkata, ParaBella di sasarkan kepada golongan Muslim dalam menyediakan ais krim yang di jamin halal.

"Di awal perniagaan kami melaburkan sebanyak RM500,000 bagi menyediakan dua jenis variasi ais krim iaitu ais krim premium dan biasa termasuk dengan mesin memproses ais krim.

"Buat masa ini aiskrim ParaBella boleh didapati di rangkaian kedai runcit Melayu Muslim Az-Zain seluruh negara dan kedai runcit Islam lain di sekitar Lembah Klang," katanya ketika ditemui semasa Halal Fiesta Malaysia (Halfest) 2014 di Seri Kembangan, baru-baru ini.

Ditanya mengenai permintaan orang ramai, Ruslina berkata, buat masa ini permintaan pelanggan meningkat dari semasa ke semasa terutamanya dari Kuala Lumpur dan Selangor.

"Tetapi kami tidak mampu memenuhi permintaan tersebut memandangkan pengeluaran dan logistik kami agak terhad buat masa ini.

"Oleh itu kami turut menyediakan pakej runcit kepada peniaga untuk meletakkan peti sejuk aiskrim ParaBella di kedai mereka," katanya.

Ruslina turut menambah permintaan aiskrim ParaBella di lihat meningkat sedikit rentetan isu boikot oleh pengguna Muslim kebelakangan ini.

"Mungkin pengguna sekarang semakin sedar bahawa masih ada produk buatan Muslim di luar yang terjamin halal dan selamat untuk dimakan serta membantu sesama Muslim," katanya.

Bagi aiskrim premium ParaBella boleh didapati melalui enam perasa seperti vanila, coklat dan lain-lain pada harga RM2 setiap sudu menggunakan kon, manakala bagi aiskrim biasa pada harga bermula RM1 hingga RM2.50.

Bumimasa juga sedang melakukan kajian dan penyelidikan (R&D) dalam menyediakan aiskrim berperisa durian bagi pasaran eksport.

Read more ...
Posted By: Admin

Aiskrim buatan Muslim

Zalora perkenal jenama antarabangsa

Rangkaian membeli-belah dalam talian, Zalora mengukuhkan lagi pemasaran dan penglibatan jenama antarabangsa dalam butik talian mereka dengan bekerjasama dengan Great Britain melalui jenama fesyen terkemuka, River Island, New Look dan Lola Skye.

Jenama River Island yang sudah lama menapak di seluruh Eropah dan Asia Barat mengambil peluang ini untuk mendapat tempat dalam kalangan penggemar fesyen di Malaysia dan Zalora adalah satu-satunya butik yang menawarkan koleksi fesyen mereka.

Pakar dalam jahitan pelbagai versi pakaian tidak kira lelaki atau wanita, mereka mewujudkan istilah urban wear kepada pelanggan dengan harga yang berpatutan dan mampu milik.


Memiliki lebih 300 buah butik di sekitar United Kingdom, dengan pengalaman selama enam dekad dalam industri fesyen, tidak mustahil River Island mampu mengeluarkan koleksi terbaharu pada setiap minggu dan ikon fesyen metropolitan yang diberikan kepada mereka sangat bertepatan.


Untuk koleksi terbaharu sempena minggu kempen GREAT, River Island bijak menyalurkan kreativiti dalam mengimbangi eksperimentasi potongan dan penataan grafik yang membentuk identiti keseluruhan rekaannya.


Menggunakan warna-warna terang, ternyata pereka bijak menyuntik elemen yang hidup walaupun kurang elemen perincian bagi menampakkan susuk kemas si pemakai.

Membawa kelainan kepada industri fesyen dalam negara, New Look memberi nafas baharu kepada koleksi sedia pakai yang merupakan kepakaran mereka yang diinspirasikan daripada fesyen elit jalanan.


Sesuai digayakan ketika berparti, bersantai bersama teman-teman, malah boleh digayakan secara formal, New Look mempunyai pilihan variasi dari potongan dres dan jeans yang menawan sehingga aksesori daripada pereka terkenal antarabangsa yang boleh membuatkan sesiapa sahaja rambang mata.


Koleksi kali ini banyak dimonopolikan oleh rekaan flora dan geometri. Sengaja menampilkan dua identiti berbeza, ternyata warna yang digunakan pada setiap rekaan berjaya membuka mata pemerhati fesyen kerana motif moden dan feminin ditampilkan dengan seimbang.


Lola Skye yang mengungguli sentuhan bohemian, vintaj, serta romantik khusus buat gadis yang gemarkan suasana keriangan dengan penggunaan fabrik ringan yang mudah digayakan.


Kombinasi warna pastel, yang digabungkan bersama ciri-ciri gadis yang manja menampakkan sisi sebenar rekaan Lola Skye yang mengutamakan personaliti feminin pemakai.


Bermula dengan dres pendek, diikuti dengan skirt kembang dan dres maxi, koleksi rekaannya lebih remaja dengan rona warna yang ceria seperti merah jambu, jingga, krim, dan putih pantas memukau hadirin tatkala dipentaskan.


Read more ...
Posted By: Admin

Zalora perkenal jenama antarabangsa

17 September 2014

Mercedes-Benz rancang pasang CKD bagi model baharu

MERCEDES-BENZ Malaysia merancang melakukan pemasangan tempatan (CKD) terhadap model baharu Mercedes-Benz C-Class di negara ini, pada masa depan.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Roland Folger berkata, syarikat itu bagaimanapun tidak menetapkan tempoh tertentu bagi melaksanakan perancangan tersebut kerana mahu memfokuskan pemasaran model versi diimport sepenuhnya (CBU).

"Buat masa ini, kita ingin mencuba pasaran Mercedes-Benz C-Class versi CBU terlebih dahulu di Malaysia.

"Model baharu C-Class ini sudah boleh ditempah dan ia dijangka diterima April tahun depan," katanya pada Majlis Pelancaran Mercedes-Benz C-Class di Shah Alam, semalam.

Sementara itu, Naib Presiden Jualan dan Pemasaran Mercedes-Benz Malaysia, Kai Schlickum berkata, model baharu C-Class itu dijangka meningkatkan jualan syarikat sebanyak 30 peratus menjelang akhir tahun ini berbanding 24 peratus pada enam bulan pertama pada 2014.

"Kami tidak menetapkan sasaran jualan untuk model C-Class ini, sebaliknya kita mahu pelanggan merasai sendiri pemanduan selesa dan material kenderaan ini.

"Model baharu C-Class ini merupakan generasi kelima. Sebelum ini, C-Class antara model terlaris dan mendapat sambutan daripada pelanggan kami," katanya.

C-Class CBU generasi kelima didatangkan dalam dua pilihan iaitu C 200 dan C 250, dijual pada harga masing-masing RM285,888 serta RM314,888 tanpa insurans.

Reka bentuk model C-Class baharu itu lebih menarik, dinamik dan ringan kerana penggunaan aluminium hibrid pada badannya.
Read more ...
Posted By: Admin

Mercedes-Benz rancang pasang CKD bagi model baharu

Axia kembar Myvi?

GAMBAR dan maklumat tentang model Axia sudah banyak dipaparkan di laman automotif tempatan dan model berkenaan akhirnya rasmi dilancarkan Isnin lalu.

Seperti yang dinyatakan sebelum ini, Axia adalah kenderaan cekap tenaga (EEV) pertama negara.

Model hatchback lima pintu itu sebenarnya berdasarkan model Daihatsu Ayla yang dijual di Indonesia. Namun, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Aminar Rashid Salleh memberitahu model tersebut sepenuhnya direka tempatan dan memiliki sentuhan serta cita rasa Malaysia.

Dan huruf X pada nama Axia mewakili model keluaran ke-10 Perodua.

Daripada segi saiz, Axia sedikit lebih besar berbanding Perodua Viva dengan dimensi panjang 3,640 milimeter (mm), lebar 1,620 mm, tinggi 1,510 mm tinggi dan jarak roda 2,455 mm. Sementara Viva pula memiliki panjang 3,575 mm, lebar 1,475 mm dan tinggi 1,530 mm serta jarak roda 2,390 mm.

Angka lain yang turut memberangsangkan adalah pada bahagian but. Model kompak itu menawarkan kapasiti ruang but 260 liter iaitu lebih besar 114 liter berbanding Viva dan 52 liter dengan Myvi.

Beralih ke bahagian kabin, pihak Perodua turut mendakwa Axia menawarkan ruang kaki yang lebih selesa dan lega. Dimensi kabin meneruskan lagi kelebihan Axia untuk berada di atas Viva. Kabin Axia memiliki panjang 1,900mm, lebar 1,385mm dan tinggi 1,240mm.

Di bawah hud Axia tersedia enjin aluminium 1KR-DE2 1.0 liter yang menghasilkan kuasa 49kW pada 6,000 rpm dan tork setinggi 90 Nm pada putaran enjin serendah 3,600 rpm. Untuk penghantaran kuasa lancar, enjin berkenaan dipadankan dengan transmisi lima-kelajuan manual atau empat kelajuan automatik. Berdasarkan ujian dalaman, pihak Perodua menyatakan Axia mampu memberikan kecekapan bahan api 21.6 kilometer bagi setiap liter.

Pihak Perodua menawarkan empat varian di bawah model Axia bermula dengan model asas Standard E, Standard G, Special Edition (SE) dan varian tertinggi Advance. Varian tertinggi dan terendah dibezakan menerusi bampar dan gril serta lampu hadapan.

Bagi pembeli SE dan Advance akan menerima kit dengan penampilan lebih agresif iaitu gril trapezoidal lebih besar pada bahagian hadapan bersama lampu kabus pada bahagian sisi serta lampu hadapan projektor.

Bahagian belakang kedua-dua varian juga turut didatangkan dengan lampu belakang LED dan spoiler.

Sementara, versi Standard E and G lebih ringkas tanpa lampu kabus dan gril yang melintang dan lebih kecil. Bagi mereka yang memilih Standard E tidak akan menerima sistem audio. Menurut Aminar Rashid model tersebut disasarkan kepada pusat sekolah memandu dan pembeli yang menginginkan sistem audio tersendiri.

Peralatan standard yang ditawarkan bagi keseluruhan varian termasuk stereng kuasa elektrik (EPS), tingkap berkuasa, indikator Eco Drive dan pelumpuh enjin. Lebih unik juga Axia didatangkan dengan cangkuk anti-ragut di antara tempat duduk depan yang cukup berguna untuk menggantung beg tangan.

Cangkuk tersebut mampu menahan beban maksimum tiga kilogram.
Read more ...
Posted By: Admin

Axia kembar Myvi?

Teknik Menjawab Soalan Temuduga SPA / Penguasa kastam

Setelah buat resume yang terbaru, setelah lulus peperiksaan  online spa contohnya penguasa kastam w41, maka sampai lah ke langkah terakhir sebelum bekerja dengan kerajaan iaitu temuduga / interview.

Susah payah, risau dan bimbang akhirnya menghampiri pengakhirannya tidak lama lagih – nak interview pula lla. Kena soal jawan dengan panel penemuduga dan semestinya kena ada teknik-teknik untuk menjawab soalan temuduga spa / penguasa kastam contohnya.

Surf sana-sini jumpa la sikit, boleh lah tetapi jika korang nak tip yang lebih tersusun, ada dalam teknik jawab soalan temuduga spa /  penguasa kastam 2014 / 2015 nih, memang terbaik. Senang nak faham dan professional.


Tip Jawab Soalan Interview

Soalan killer, sudah pasti ada  dalam temuduga / interview kerja kerajaan nih tetapi korang tahu ke nak jawab camne. Mesti keliru kan, betul ke tidak. Kini tak lagi sebab dah ada panduan temuduga kerajaan nih Cuma korang kena melabur sikit ler untuk kerjaya korang.


Tip Jawab Soalan Interview
Keadaan semasa temuduga...takutkah anda?

Selain cara jawab soalan temuduga yang killer, ada juga kategori lain yang di ujji semasa temuduga seperti sikap kerjasama, kreativiti, kematangan, kebolehan dan sudah tentulah komunikasi skill. Tentu korang nak tip benda ni semua kan, ada di dalam teknik jawab soalan spa / penguasa kastam nih – seyess dapat memberikan keyakinan kepada anda semasa temuduga.


Bongkar jawapan kepada soalan penal penemuduga

Lagi penemuduga nak tahu cara korang menguruskan masa dan bagimana korang kendalikan stress waktu kerja. Jawapannya dah ada dalam panduan tu, kacang je soalan cam tuh. Ada soalan lagi susah tau…

Ada juga jawapan kepada soalan untuk test kita ni professional ke tak. Macam-macam jenis soalan ada. Sikap professional penting untuk jaga kreadibili kerajaan ni kan.

Selain tu ada gak  di berikan panduan untuk jawab soalan seperti background korang, kelebihan dan kelemahan korang, kisah kejayaaan / gagal calon temuduga dan juga kerjaya terakhir anda.

Banyaklah soalan akan di tanya, dan memang tu kerja depa.

Kita yang nak pegi temuduga nih, kena lah siapkan diri dengan ilmu temuduga secukupnya supaya boleh lulus temuduga dan dapat kerja kerajaan seperti penguasa  kastam w41.

Teknik Menjawab Soalan Temuduga SPA / Penguasa kastam ni adalah modul ke 2 dalam tip lulus temuduga spa / kerajaan / penguasa kastam. Modul 1 saya dah kongsikan kat entri 

Read more ...
Posted By: Admin

Teknik Menjawab Soalan Temuduga SPA / Penguasa kastam

About

Gallery

Advertisment

Like Us