Blogger Tricks

17 September 2014

Mercedes-Benz rancang pasang CKD bagi model baharu

MERCEDES-BENZ Malaysia merancang melakukan pemasangan tempatan (CKD) terhadap model baharu Mercedes-Benz C-Class di negara ini, pada masa depan.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Roland Folger berkata, syarikat itu bagaimanapun tidak menetapkan tempoh tertentu bagi melaksanakan perancangan tersebut kerana mahu memfokuskan pemasaran model versi diimport sepenuhnya (CBU).

"Buat masa ini, kita ingin mencuba pasaran Mercedes-Benz C-Class versi CBU terlebih dahulu di Malaysia.

"Model baharu C-Class ini sudah boleh ditempah dan ia dijangka diterima April tahun depan," katanya pada Majlis Pelancaran Mercedes-Benz C-Class di Shah Alam, semalam.

Sementara itu, Naib Presiden Jualan dan Pemasaran Mercedes-Benz Malaysia, Kai Schlickum berkata, model baharu C-Class itu dijangka meningkatkan jualan syarikat sebanyak 30 peratus menjelang akhir tahun ini berbanding 24 peratus pada enam bulan pertama pada 2014.

"Kami tidak menetapkan sasaran jualan untuk model C-Class ini, sebaliknya kita mahu pelanggan merasai sendiri pemanduan selesa dan material kenderaan ini.

"Model baharu C-Class ini merupakan generasi kelima. Sebelum ini, C-Class antara model terlaris dan mendapat sambutan daripada pelanggan kami," katanya.

C-Class CBU generasi kelima didatangkan dalam dua pilihan iaitu C 200 dan C 250, dijual pada harga masing-masing RM285,888 serta RM314,888 tanpa insurans.

Reka bentuk model C-Class baharu itu lebih menarik, dinamik dan ringan kerana penggunaan aluminium hibrid pada badannya.
Posted By: Admin

Mercedes-Benz rancang pasang CKD bagi model baharu

No comments:

Post a Comment

About

Gallery

Advertisment

Like Us