Blogger Tricks

17 August 2014

Melabur dalam Unit Trust

Buat duit dengan unit trust. Mesti korang pernah dengar unit trust kan? Masa belajar belum dengan lagi unit trust nih, tapi kalau dah kerja setahun dua, mesti ada orang akan bagitahu tentang melabur dalam unit trust, sama ada unit trust CIMB atau public mutual kan. Tapi tahukah korang berapa keuntungan sebenar kalau melabur dalam unit trust di Malaysia nih? Bagi yang dah melabur, adakah korang faham apa yang terkandung dalam penyata yang di hantar dua kali setahun nih. Mesti ramai yang samar-samarkan walaupun pelaburan melalui wang kwsp mencecah rm40k. Tak gituh. Selain melabur dalam pembelian hartanah yang memerlukan banyak modal, apa kata cuba unit trust pula.


Soalan yang perlu tanya


Sebelum melabur dalam unit trust, kita kena pilih unit trust mana satu nak melabur ni? CIMB atau public mutual. Ramai rakyat Malaysia melabur dalam public mutual oleh public bank. CIMB tuh baju jer naik kalau banding dengan public mutual. Saya cadangkan, laburlah dalam public mutual.

Bila di dekati oleh ejen unit amanah ni, jangan le lari. Diorang akan cuba terangkan kepada kita tentang unit amanah. Tetapi kebanyakkannya tak terror sangat, bagi yang senior terror le. Kalau nak tahu lebih lanjut, minta jumpa supervisor yang terangkan sebab yang baru-baru jadi ejen unit trust ni, supervisor yang panduan camne nak buat.

tip melabur unit trust
Berbaloikah melabur dalam unit trust?

Banyak soalan boleh di tanya, saya kongsikan kat bawah nih hanya tiga soalan untuk rujukan melabur dalam unit trust di Malaysia:

Keuntungan sesuatu dana
Cuba tanya sejarah keuntungan sesuatu dana unit trust. Jangan tanga keuntungan untuk setahun sahaja, ambik info sejak dana tersebut di terbitkan, mungkin dana tersebut dah 10 tahun kat pasaran. Minta purata keuntungan dana tersebut. Bagi dana yang agresif, keuntungan boleh cecah 20% setahun dan kerugian juga boleh jadi negetif 20%, ingat tuh. Jangan terpedaya dengan angka-angka ini.

Islamik ke tidak
Kebanyakkan dana unit trust yang di cadangkan kepada orang Islam ialah dana islamik. Ini bermakna dana tersebut di laburkan dalam syarikat-syarikat yang di sahkan halal. Dana islamik pun untung gak kekadang lebih banyak dari yang tak islamik.

Kos yang terlibat
Nak melabur dalam unit trust nih, terdapat kos yang terlibat dan perlu di bayar setiap tahun. Kita tak nampak sebab kos tersebut telah di tolak awal-awal daripada keuntungan dana. Masa nak mula-mula melabur pun, terdapat kos yang kena bayar. Pelaburan tunai unit trust kena kos lagi tinggi daripada pelaburan kwsp.

Banyak info tentang cara melabur dalam unit trust nih, nanti saya kongsikan dalam entri lain plak.

Posted By: Admin

Melabur dalam Unit Trust

No comments:

Post a Comment

About

Gallery

Advertisment

Like Us