Blogger Tricks

11 November 2012

Bantu anak pelajari al-Quran

SEMPENA cuti persekolahan akhir tahun ini, ibu bapa sibuk mengatur pelbagai program untuk anak mereka mengisi masa bermanfaat.
Bagi golongan pelajar, mereka juga mempunyai perancangan melakukan sesuatu yang menarik sepanjang cuti persekolahan ini.

Ibu bapa yang bijak dan berpandangan jauh pasti menghantar anak mereka ke program mencambah ilmu seperti kem motivasi, kelas intensif bahasa atau perkhemahan agama dan al-Quran.

Melihat kebimbangan terhadap generasi muda, masih ada golongan prihatin akan keperluan masyarakat terhadap kitab suci Allah yang merupakan mukjizat Nabi Muhammad SAW.

Menyedari kepentingan ilmu fardhu kifayah, Tahsin al-Quran Training Centre yang dikendalikan Ustaz Mohd Nasir Rustam al-Hafiz dan isterinya, Ustazah Asni Abu Mansor al-Hafizah mengadakan Program Motivasi al-Quran Ala Madrasah.

Program itu terbuka kepada anak-anak berumur dari 10 tahun hingga 18 tahun.

Program yang dijalankan sejak 12 tahun itu menerima lebih 10,000 peserta yang mendapat manfaat daripada kem Motivasi al-Quran Ala Madrasah ini.

Ustaz Mohd Nasir berkata, program ini bertujuan memberi pendedahan al-Quran demi memenuhi masa terluang semasa cuti sekolah agar pelajar tidak membazirkan waktu cuti panjang dengan aktiviti yang tidak berfaedah.

Beliau berkata, selain itu, ia membantu ibu bapa membentuk anak mereka supaya berakhlak dengan akhlak al-Quran.

"Pengisian dan modul sepanjang program itu memberi fokus kepada pembacaan al-Quran, teori dan amali fardu ain, bengkel tajwid al-Quran, Latihan Dalam Kumpulan (LDK), kepemimpinan dan menyemai keyakinan dalam diri pelajar, latihan nasyid dan aktiviti luar," katanya.

Bagi Ustazah Asni, se�panjang program itu, peserta diajar adab-adab seorang Muslim iaitu menghormati ibu bapa atau orang yang lebih tua, adab ketika makan dan contoh dilakukan Rasulullah SAW.

"Program ini bukan bertujuan mencari pelajar yang pandai membaca al-Quran, tetapi membantu anak yang tidak pernah mengenali serta masih merangkak-rangkak dalam membaca kitab suci itu," katanya.

Kem Motivasi al-Quran Ala-Madrasah diadakan dalam tiga sesi iaitu pada 11 November-24 November 2012 (sesi 1), 25 November-8 Disember 2012 (sesi 2), dan sesi ketiga pada 9 Disember-22 Disember 2012 (sesi 3) di Kem Nur Lembah Pangsun, Hulu Langat, Selangor.

Yuran sepanjang program 14 hari ini hanya RM1,200 seorang dan penyertaan dari umur 10 tahun hingga 18 tahun.

Bagi kawasan yang ber�dekatan dengan pejabat Tahsin al-Quran Training Centre (TQTC), pihaknya menyediakan program motivasi secara ulang-alik sebanyak dua sesi, iaitu 12 November-30 November 2012 (sesi 1) dan 3 Disember-21Disember 2012 (sesi 2i) di ibu pejabat itu di No 13-1 Jalan Reko Sentral 2, Reko Centrel Kajang.

Penyertaan terbuka kepada pelajar berusia 7 tahun hingga 12 tahun dan yuran RM550 seorang.

Hubungi Ustaz Mohd Nasir al-Hafiz di talian 019-695 5930, Ustaz Izzat 013-7470773, Ustaz Faizal 019-3688929 dan Pejabat / Fax : 03-87374007 atau layari laman web TQTC di www.tahsinquran.com untuk maklumat lanjut.

Posted By: Admin

Bantu anak pelajari al-Quran

No comments:

Post a Comment

About

Gallery

Advertisment

Like Us