Blogger Tricks

13 October 2012

7 Juta buah Kereta Ditarik Balik : Kualiti Toyota Dipersoal.

TOKYO 11 Okt. - Rekod penarikan semula lebih 7 Juta buah kenderaan milik Toyota akibat kerosakan suis tingkap sedikit sebanyak mengurangkan keyakinan pelanggan terhadap kereta berjenama tersebut.

Ianya juga telah mencapai kerugian yang besar buat 1,390,000 buah kereta di Eropah, 138,000 di United Kingdom, 2,470,000 di Amerika Syarikat dan 1.4 juta lagi di China.

Penarikan balik Toyota secara langsung merupakan rekod terbesar yang dicatatkan selepas insiden yang sama pernah berlaku ke atas pengeluar kereta Ford pada tahun 1996.

Ia turut menarik balik 459,000 kenderaan mereka di Jepun, 650,000 di Australia dan Asia serta ratusan ribu lagi seluruh Timur Tengah dan Kanada.

Antara model yang ditarik daripada jualan di pasaran termasuk model Yaris, Vios, Corolla, Matrix, Auris, Camry, RAV4, Highlander, Tundra, Sequioia, XB dan XD yang dihasilkan antara 2005 dan 2010.

Untuk rekod, syarikat Toyota telah mula menjunam dari segi penjualan produk sejak tahun 2009 disebabkan beberapa masalah kerosakan sehingga menyebabkan berlaku kemalangan maut yang diantaranya berpunca daripada tikar melekat di bawah pedal pemecut.

Toyota juga berdepan masalah lebih besar kesan daripada bencana alam Tsunami yang berlaku pada tahun lalu.
Posted By: Admin

7 Juta buah Kereta Ditarik Balik : Kualiti Toyota Dipersoal.

No comments:

Post a Comment

About

Gallery

Advertisment

Like Us