Blogger Tricks

15 August 2012

Pos Laju Prabayar

Pos Malaysia telah melancarkan perkhidmatan terbaru iaitu Pos Laju Prabayar. Ia ala pos ekspress la. Ada sampul pos laju. Malah sampul ini siap dengan bubble di dalamnya. Jadi bagi barangan anda lebih selamat di dalam sampul ini. Pihak kami  telah mengunakan sampul ini untuk penghantaran produk CD keluaran syarikat kami.

pos laju prabayar
 
Kaedah ini sebenarnya banyak membantu usahawan kecil terutamanya mereka yang terlibat dalam perniagaan produk fizikal. Kita tidak perlu lagi membalut atau membeli kotak lagi. Kita hanya beli kotak Pos Laju Prabayar, masukkan barangan ke dalamnya. Dan boleh dipos terus.
 
Harga
Berdasarkan pengalaman kami, ia berlaloi. Sebab ia sama dengan kadar pos yang dikenakan kepada kami sebelum ini. Sebagai contoh sekeping CD yang dipos kepada pelanggan berharga RM6.00. Itu belum dikira dengan kos sampul surat dan sebagainya. Dengan sampul Pos Laju Prabayar, hanya perlu beli sampul berharga RM6.00. Sudah boleh pos dengan selamat dengan adanya bubble di dalam sampul.
Jika dibeli di Tesco, sampul dengan bubble berharga RM3.80 sekeping. Jika mengunakan pos laju, ditambah lagi RM6.00. Jadi kos penghantaran sudah menjadi RM9.80 keseluruhan.
 
Harga dan Saiz
Bagi sampul terdapat 2 jenis iaitu saiz S berharga RM6.00 dengan berat maksimum 500g dan Saiz L yang berharga RM9.00 dengan berat muatan maksimum 1kg.
 
Kotak Pos Laju Prabayar
Kotak Prabayar S – Saiz 340mm x 250mm x 80mm harganya RM13.00.Muatan maksimum 2kg.
Kotak Prabayar M – Saiz 340mm x 250mm x 150mm harganya RM20.00. Muatan maksimum 5 kg.
Kotak Prabayar L – Saiz 340mm x 250mm x 200mm harganya RM30.00 dan Muatan maksimum adalah 10kg.
 

Cara Mengunakan Pos Laju Prabayar

Cara mudah sahaja. Ia lebih kurang sama dengan perkhidmatan pos laju sebelum ini. Malah borang yang digunakan adalah sama. Anda perlu mengisi borang tersebut dan bawanya ke pejabat  pos atau pusat pos laju untuk penghantaran. Tak perlu bayar lagi sebab anda telah membayarnya. Sebab itu ia dipanggil prepaid atau prabayar.
Maklumat lanjut tentang perkhidmatan ini anda boleh layari:
http://www.pos.com.my/pos_bm/services/fast_mail/service/prepaid.aspx
Posted By: Admin

Pos Laju Prabayar

No comments:

Post a Comment

About

Gallery

Advertisment

Like Us